# Cipta alamat e-mel sementara (disposable address)

> Cipta alamat e-mel sementara yang tamat tempoh sendiri, untuk mendaftar percubaan, webinar atau muat turun tanpa mendedahkan alamat sebenar anda.
>
> Source: https://docs.officeniaga.com/disposable-address/

Disposable address ialah alamat e-mel sementara yang tamat tempoh sendiri. E-mel yang dihantar kepadanya masuk ke peti mel anda, tetapi alamat sebenar anda tidak didedahkan. Ia berguna untuk:

- mendaftar produk percubaan atau webinar
- memuat turun dokumen atau PDF
- menghantar mesej di forum

## Cipta alamat sementara

1. Di tab **Email**, klik kanan pada mana-mana folder, kemudian klik **Disposable Address**.

   *(Screenshot: Disposable Address)*

2. Pilih **Folder** untuk menerima e-mel, dan tempoh di ruangan **Time**. Klik **Next**.

   *(Screenshot: Tetapan folder dan masa)*

3. Alamat sementara anda dipaparkan. Klik **Copy** untuk menggunakannya.

   *(Screenshot: Alamat sementara)*

Klik **Revoke** untuk menghentikan alamat itu serta-merta, atau **Extend** untuk melanjutkan tempohnya 4 jam lagi.

## Masih ada masalah?

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di [+60 16-916 3324](https://wa.me/60169163324).

## Common issues

### Berapa lama alamat sementara boleh digunakan?

Tempoh maksimum ialah 24 jam. Setiap kali anda klik Extend, tempoh dilanjutkan 4 jam. Selepas tamat tempoh, alamat itu tidak boleh digunakan lagi.
