# Sediakan e-mel di iPhone dan iPad

> Tambah akaun Office Niaga Mail ke aplikasi Mail di iPhone atau iPad menggunakan IMAP.
>
> Source: https://docs.officeniaga.com/iphone-ipad/

Tambah Office Niaga Mail ke aplikasi **Mail** yang sedia ada di iPhone atau iPad. Anda perlukan alamat e-mel dan kata laluan anda.

## Langkah

1. Buka **Settings**, kemudian **Mail**, **Accounts**, **Add Account**. Pada iOS 18 dan ke atas, pergi ke **Settings**, **Apps**, **Mail**, **Mail Accounts**, **Add Account**.
2. Pilih **Other**, kemudian **Add Mail Account**.

   *(Screenshot: Pilih Other)*

3. Masukkan nama, alamat e-mel penuh, kata laluan, kemudian ketik **Next**.
4. Pilih **IMAP** dan isikan maklumat server:
   - **Incoming Mail Server** dan **Outgoing Mail Server** - Host Name: `mail.officeniaga.com`
   - **User Name**: alamat e-mel penuh anda, contohnya `ali@syarikatanda.com`
   - **Password**: kata laluan e-mel anda

   *(Screenshot: Maklumat server IMAP)*

5. Ketik **Next**. Jika berjaya, pilih apa yang ingin diselaraskan, kemudian ketik **Save**.

   *(Screenshot: Akaun berjaya disahkan)*

6. E-mel anda kini boleh dibuka di aplikasi **Mail**.

   *(Screenshot: Peti masuk di aplikasi Mail)*

:::tip
Jika e-mel tidak dapat dihantar selepas ini, semak port server keluar. Gunakan **465** dengan **SSL**. Semua tetapan ada di [Tetapan server e-mel](/server-settings/).
:::

## Common issues

### iPhone memaparkan "Cannot Verify Server Identity" atau akaun tidak dapat disahkan.

Pastikan server masuk dan keluar ialah mail.officeniaga.com, bukan alamat lama. Semak juga alamat e-mel dan kata laluan anda di webmail (/log-in/) dahulu.

### E-mel boleh diterima tetapi tidak boleh dihantar.

Buka akaun itu, pergi ke SMTP di bahagian server keluar, dan pastikan port 465 dengan SSL hidup. Lihat Tetapan server e-mel (/server-settings/).
