# Jadikan domain pelanggan atau pembekal sebagai domain dipercayai untuk seluruh syarikat

> Tambah domain pelanggan atau pembekal ke senarai pengirim dipercayai peringkat domain supaya e-mel mereka tidak disekat oleh semakan spam.
>
> Source: https://docs.officeniaga.com/ms/domain-trusted-senders/

Sebagai admin domain, tambah domain pelanggan atau pembekal di **Domain Settings** > **Spam Filtering** > **Trusted Domains**. E-mel daripada domain itu kemudian dikecualikan daripada semakan spam untuk setiap peti mel dalam syarikat anda.

1. [Log masuk ke webmail](/log-in/) dengan akaun admin domain anda, kemudian klik **Domain Settings** di bar atas.
2. Di menu kiri, klik **Spam Filtering**.
3. Dalam kad **Trusted Senders**, klik ikon pensel di sebelah **Trusted Domains** dan tambah domain itu, contohnya `supplier.com.my`. Untuk menjadikan satu orang sahaja sebagai pengirim dipercayai, gunakan ikon pensel di sebelah **Trusted Email Addresses**.

   *(Screenshot: Domain Settings, Spam Filtering, Trusted Senders)*

4. Klik **Save** di bahagian atas halaman.

Kad itu juga memaparkan nota ini: "Email addresses in your contacts are always considered trusted senders."

## Kad Options

- **Allow users to override spam settings** (on secara default) membolehkan setiap staf menggunakan tetapan spam dan senarai pengirim dipercayai mereka sendiri. Lihat [Whitelist pengirim dan domain](/whitelist/).
- **Override spam settings** membolehkan anda menukar tindakan bagi e-mel pada setiap tahap spam untuk seluruh domain. Secara default, tahap **Low**, **Medium** dan **High Probability of Being Spam** menggunakan **Add Text to Subject** dengan `SPAM-LOW: `, `SPAM-MED: ` dan `SPAM-HIGH: `. Untuk tindakan lain, lihat [Tapis e-mel spam](/filter-spam/).

   *(Screenshot: Domain Settings, Spam Filtering, Options)*

Jika e-mel daripada seorang pengirim sampai tetapi logo dan gambarnya kosong, masalah itu berpunca daripada tetapan lain. Lihat [Logo dan gambar tidak dipaparkan dalam sesetengah e-mel](/ms/external-images/).

**Penting:** Jadikan domain sebagai domain dipercayai hanya jika anda benar-benar mengenali domain itu. E-mel daripada domain dipercayai dikecualikan daripada semakan spam, jadi e-mel palsu yang menyamar sebagai e-mel daripada domain itu juga boleh terlepas masuk.

## Masih ada masalah?

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di [+60 16-916 3324](https://wa.me/60169163324).

## Isu biasa

### Perlukah saya menambah setiap kenalan ke senarai pengirim dipercayai?

Tidak. Halaman itu sendiri menyatakan bahawa alamat e-mel dalam kenalan anda sentiasa dianggap sebagai pengirim dipercayai. Gunakan senarai pengirim dipercayai untuk orang dan syarikat yang tiada dalam kenalan anda.

### Boleh staf masih menyimpan senarai pengirim dipercayai mereka sendiri?

Boleh, selagi Allow users to override spam settings di-on-kan. Setiap orang boleh menambah entri mereka sendiri dalam tetapan Spam Filtering peribadi mereka. Lihat Whitelist pengirim dan domain (/whitelist/).

### E-mel daripada domain dipercayai masih hilang.

Semak ejaan domain dalam Trusted Domains dan klik Save sekali lagi. Jika e-mel masih tidak sampai, ikut Tidak menerima e-mel (/ms/not-receiving/).
