# Sediakan e-mel di Microsoft Outlook

> Tambah Office Niaga Mail ke Outlook di komputer atau telefon menggunakan IMAP, dan semak sama ada pengesahan identiti server keluar sudah on.
>
> Source: https://docs.officeniaga.com/ms/outlook/

Outlook boleh digunakan di komputer (Outlook baru untuk Windows, Outlook klasik, atau Outlook for Mac) dan di telefon. Semuanya menggunakan tetapan IMAP yang sama.

## Outlook baru untuk Windows (new Outlook for Windows)

Ikut langkah ini jika Windows anda menggunakan Outlook baru.

1. Buka Outlook. Di skrin **Welcome to the new Outlook**, masukkan alamat e-mel penuh anda, kemudian klik **Continue**.

   *(Screenshot: Skrin Welcome to the new Outlook)*

2. Di skrin **Select your email provider**, skrol ke bawah, kemudian pilih **IMAP**.

   *(Screenshot: Pilih IMAP dalam senarai penyedia e-mel)*

3. Masukkan password e-mel anda di ruangan **Password**, kemudian klik **Show more**.
4. Off-kan **Use recommended settings**. Tetapan yang dicadangkan oleh Outlook tidak betul untuk server kami.
5. Isikan tetapan e-mel masuk:
   - **IMAP Incoming server**: `mail.officeniaga.com`
   - **Port**: **993**
   - **Secure connection type**: **SSL / TLS (recommended)**

   *(Screenshot: Tetapan IMAP dalam Outlook baru)*

6. Skrol ke bawah ke **SMTP Configuration**, kemudian isikan tetapan e-mel keluar:
   - **SMTP username**: biarkan alamat e-mel anda yang sudah diisi
   - **SMTP password**: biarkan kosong jika password itu sama
   - **SMTP Outgoing server**: `mail.officeniaga.com`
   - **Port**: **465**
   - **Secure connection type**: **SSL / TLS (recommended)**

   **Penting:** Outlook mengisi port **587** secara automatik. Tukar port itu kepada **465**, kerana port 587 tidak dibuka di server kami.

   *(Screenshot: Tetapan SMTP dalam Outlook baru)*

7. Klik **Continue**.
8. Di skrin **Sync your IMAP account**, klik **Continue**. Outlook sync salinan e-mel anda ke Microsoft Cloud. E-mel anda juga kekal di server Office Niaga Mail.

   *(Screenshot: Skrin Sync your IMAP account)*

9. Tunggu sehingga Outlook selesai. Outlook mungkin memaparkan skrin **Add all your accounts**, kemudian **Getting Outlook ready**. Selepas itu, peti mel anda dibuka.

   *(Screenshot: Skrin Getting Outlook ready)*

   *(Screenshot: Folder peti mel dalam Outlook baru)*

### Semak tetapan akaun kemudian

Untuk melihat tetapan IMAP dan SMTP akaun anda, klik ikon gear, kemudian **Settings** → **Accounts** → **Manage**.

*(Screenshot: Settings dan Accounts dalam Outlook baru)*

*(Screenshot: Butiran akaun IMAP dan SMTP)*

## Outlook klasik untuk Windows (classic Outlook for Windows)

Outlook klasik ialah Outlook yang datang bersama aplikasi desktop Microsoft 365. Ia mempunyai menu **File** di bahagian atas kiri, dan suis **Try the new Outlook** di bahagian atas kanan berada pada **Off**.

*(Screenshot: Outlook klasik dengan menu File dan suis Try the new Outlook di-off-kan)*

Ikut langkah-langkah ini untuk menambah akaun Office Niaga Mail anda. Jika Outlook belum ada akaun, tetingkap tambah akaun akan dibuka sendiri, jadi anda boleh mula di langkah 2.

1. Klik **File**, kemudian **Add Account**.

   *(Screenshot: Butang Add Account di tab File dalam Outlook klasik)*

2. Masukkan alamat e-mel penuh anda. Klik **Advanced options**, tandakan **Let me set up my account manually**, kemudian klik **Connect**.

   *(Screenshot: Alamat e-mel sudah dimasukkan, dengan Let me set up my account manually ditandakan di bawah Advanced options)*

3. Di skrin **Advanced setup**, pilih **IMAP**.

   *(Screenshot: Skrin Advanced setup dengan IMAP ditanda)*

4. Di skrin **IMAP Account Settings**, isikan tetapan e-mel masuk dan keluar:
   - **Incoming mail**: **Server** `mail.officeniaga.com`, **Port** **993**, **Encryption method** **SSL/TLS**
   - **Outgoing mail**: **Server** `mail.officeniaga.com`, **Port** **465**, **Encryption method** **SSL/TLS**

   Biarkan kedua-dua kotak **Require logon using Secure Password Authentication (SPA)** tidak bertanda, kemudian klik **Next**.

   **Penting:** Gunakan port **465** untuk e-mel keluar. Port 587 tidak dibuka di server kami.

   *(Screenshot: IMAP Account Settings dengan mail.officeniaga.com, port 993 dan port 465, kedua-duanya dengan SSL/TLS)*

5. Masukkan password e-mel anda, kemudian klik **Connect**.

   *(Screenshot: Ruangan Password dan butang Connect)*

6. Apabila anda melihat **Account successfully added**, klik **Done**. Sebelum itu, buang tanda pada **Set up Outlook Mobile on my phone, too** jika anda tidak mahu Outlook mencadangkan aplikasi telefon.

   *(Screenshot: Skrin Account successfully added dengan butang Done)*

Peti mel anda kini dipaparkan dalam senarai folder. Outlook menghantar **Microsoft Outlook Test Message** kepada diri sendiri untuk menyemak tetapan, jadi anda boleh padam e-mel itu.

*(Screenshot: Folder Office Niaga Mail dalam senarai folder Outlook klasik)*

Outlook for Mac menggunakan tetapan yang sama. Tambah akaun sebagai **IMAP** dan masukkan maklumat di atas.

## Semak pengesahan identiti server keluar

Server keluar kami memerlukan pengesahan identiti (authentication). Outlook klasik on-kan tetapan ini untuk anda semasa anda menambah akaun, tetapi anda boleh menyemaknya jika e-mel tidak dapat dihantar.

1. Klik **File**, kemudian **Account Settings** dan **Server Settings**.

   *(Screenshot: Menu Account Settings dengan Server Settings ditanda)*

2. Klik **Outgoing mail**. Pastikan **My outgoing (SMTP) server requires authentication** ditandakan, dengan **Use same settings as my incoming mail server** dipilih.

   *(Screenshot: Tetapan Outgoing mail dengan My outgoing (SMTP) server requires authentication ditandakan)*

3. Klik **Next**, kemudian **Done**.

Supaya Outlook tidak meminta password lagi, buka tetingkap **Server Settings** yang sama, klik **Incoming mail** dan tandakan **Remember password**.

## Outlook di telefon

Aplikasi Outlook untuk iPhone dan Android menggunakan tetapan server yang sama seperti Outlook di komputer.

1. Muat turun aplikasi **Microsoft Outlook** dan bukanya. Klik **Add account**.

   *(Screenshot: Skrin Welcome to Outlook dengan butang Add account)*

2. Masukkan alamat e-mel anda, kemudian klik **Continue**.

   *(Screenshot: Skrin Add account dengan alamat e-mel dan butang Continue)*

3. Pada skrin **Choose account type**, klik **IMAP** di bawah **Advanced**.

   *(Screenshot: Skrin Choose account type dengan pilihan IMAP di bawah Advanced)*

4. On-kan **Advanced settings** di bahagian bawah. Di bawah **IMAP Incoming Mail Server** dan **SMTP Outgoing Mail Server**, masukkan `mail.officeniaga.com` sebagai nama host. Gunakan port **993** untuk IMAP dan **465** untuk SMTP, kedua-duanya dengan jenis keselamatan **SSL/TLS**. Gunakan alamat e-mel penuh dan password anda sebagai nama pengguna dan password untuk kedua-duanya.

   *(Screenshot: Skrin Connect IMAP dengan tetapan server IMAP dan SMTP diisi serta Advanced settings di-on-kan)*

5. Klik tanda ✓ di bahagian atas kanan untuk menyimpan akaun.

   *(Screenshot: Tanda simpan di bahagian atas kanan skrin Connect IMAP)*

6. Apabila Outlook bertanya **Would you like to add another account?**, klik **Maybe later**. Inbox anda dibuka.

   *(Screenshot: Skrin Add another account dengan butang Maybe later)*

## Masih ada masalah?

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di [+60 16-916 3324](https://wa.me/60169163324).

## Isu biasa

### Outlook meminta password setiap kali saya hantar e-mel.

Klik File → Account Settings → Server Settings, klik Incoming mail dan tandakan Remember password. Semak juga tetapan server keluar (lihat bahagian Semak pengesahan identiti server keluar).

### Outlook tidak dapat mencari tetapan secara automatik.

Pilih tetapan manual dan masukkan maklumat daripada Tetapan server e-mel (/ms/server-settings/). Pastikan server keluar menggunakan port 465 dan bukan 587.
