# Bersembang dengan rakan sekerja dalam webmail

> Hantar mesej sembang ringkas kepada rakan sekerja dari webmail Office Niaga, dan ketahui cara admin domain mencari sembang lama.
>
> Source: https://docs.officeniaga.com/ms/webmail-chat/

Untuk bersembang (chat) dengan rakan sekerja, klik ikon belon pertuturan di bahagian atas kanan webmail, di sebelah ikon carian dan ikon loceng.

## Mulakan sembang

1. [Log masuk ke webmail](/log-in/).
2. Klik ikon belon pertuturan (sembang) di bahagian atas kanan.

   *(Screenshot: Ikon Chat)*

3. Pilih rakan sekerja yang anda mahu ajak bersembang.
   
   

## Terima pemberitahuan untuk mesej sembang baru

1. Klik **Settings**, kemudian **Account** dalam menu kiri.
2. Di bawah **Notifications**, on-kan **Chat messages**.

   *(Screenshot: Notifications, Chat messages)*

3. Klik **Save**.

## Untuk admin domain: cari sembang lama

1. Klik **Domain Settings**, kemudian **Chat Search** dalam menu kiri.
2. Tetapkan tarikh **Start** dan **End**, kemudian isikan **User** (wajib). Anda juga boleh menapis carian mengikut **Name** atau **Text**.
3. Klik **Search**.

   *(Screenshot: Domain Settings, Chat Search)*

## Pastikan sembang selamat

Admin domain anda boleh mencari sembang lama, jadi anggap sembang sama seperti e-mel kerja. Jangan sekali-kali hantar kata laluan atau maklumat sulit lain melalui sembang. Jika sesuatu mesej meminta kata laluan anda, lihat [Kenal pasti e-mel log masuk palsu](/ms/phishing-emails/). On-kan [pengesahan dua langkah (two-step authentication)](/ms/two-step-authentication/) untuk melindungi log masuk anda. Untuk mencari alamat e-mel rakan sekerja, semak [direktori syarikat (Global Address List)](/ms/global-address-list/). Untuk alamat e-mel pasukan, gunakan [shared inbox](/shared-inbox/). Untuk dokumen yang anda mahu simpan bersama e-mel anda, gunakan [File Storage](/ms/file-storage/).

## Masih ada masalah?

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di [+60 16-916 3324](https://wa.me/60169163324).

## Isu biasa

### Boleh admin saya mencari mesej sembang saya?

Boleh. Admin domain boleh mencari sembang dalam Domain Settings > Chat Search mengikut tarikh, pengguna, nama dan teks, jadi anggap sembang sama seperti e-mel kerja.

### Saya tidak menerima pemberitahuan untuk mesej sembang baru. Bagaimanakah cara on-kannya?

Pergi ke Settings > Account, on-kan Chat messages di bawah Notifications, kemudian klik Save.
