Buka peti mel staf tanpa kata laluan mereka (Impersonate User)
Sebagai admin domain, anda boleh membuka mana-mana peti mel staf dalam domain anda dengan Impersonate User. Anda tidak perlu reset password staf itu untuk log masuk sebagai mereka. Gunakan cara ini apabila staf sedang bercuti atau telah berhenti. Contohnya, anda boleh menyediakan pemajuan e-mel (email forwarding) atau autoresponder, berkongsi folder dengan rakan sekerja, atau mencari e-mel tentang pesanan pelanggan.
- Log masuk ke webmail dengan akaun admin domain anda.
- Klik Domain Settings di bar atas, kemudian Accounts di menu kiri.
- Tandakan kotak di sebelah akaun staf itu.
- Klik butang … (Actions), kemudian pilih Impersonate User.

- Webmail membuka peti mel staf itu. Buat apa yang perlu, contohnya majukan e-mel atau sediakan autoresponder. Untuk staf yang telah berhenti, ikut Apabila staf berhenti. Untuk memberikan alamat itu kepada pengganti, lihat Tukar alamat e-mel pengguna.
- Selepas selesai, log keluar dari sesi sebagai pengguna itu, kemudian log masuk semula dengan akaun admin anda.
Gunakan dengan berhati-hati
Section titled “Gunakan dengan berhati-hati”Apabila anda membuka peti mel seseorang, anda boleh membaca e-mel peribadi mereka. Buka peti mel staf hanya jika anda ada sebab perniagaan yang jelas, dan pastikan staf anda tahu bahawa admin boleh membuka peti mel mereka. Satu baris dalam buku panduan staf atau polisi IT anda sudah memadai. Jangan baca atau ubah apa-apa yang tidak anda perlukan.
Masih ada masalah?
Section titled “Masih ada masalah?”Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.
Isu biasa
Adakah saya perlu menukar kata laluan staf itu untuk membuka peti mel mereka?
Tidak. Sebagai admin domain, gunakan Impersonate User di bawah Domain Settings > Accounts. Kata laluan staf itu kekal sama, jadi telefon dan komputer riba mereka masih berfungsi seperti biasa. Jika anda mahu staf itu memilih kata laluan baharu, lihat Minta pengguna memilih kata laluan baharu semasa log masuk seterusnya.
Saya tidak nampak Impersonate User. Kenapa?
Pilihan ini hanya ada dalam Domain Settings, dan hanya admin domain boleh melihatnya. Log masuk dengan akaun admin anda, atau minta admin anda melakukannya untuk anda.
Adakah staf itu akan tahu bahawa saya telah membuka peti mel mereka?
Mereka mungkin tidak menerima pemberitahuan secara automatik. Beritahu staf anda lebih awal bahawa admin boleh membuka peti mel atas sebab perniagaan, dan buka peti mel hanya apabila anda ada sebab perniagaan.
Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu. WhatsApp kami dan kami akan membantu anda menyelesaikannya.
