Skip to content

Tambah atau ganti pengguna e-mel

Updated For SmarterMail Build 7692

Hanya admin domain boleh menambah atau memadam pengguna e-mel. Bilangan pengguna yang dibenarkan ditetapkan oleh pakej yang anda langgan.

  1. Log masuk ke webmail dengan akaun admin domain.

  2. Klik Domain Settings.

    Ikon Domain Settings

  3. Di sebelah kiri, klik Accounts.

    Menu Accounts

  4. Klik New.

    Butang New

  5. Masukkan username, password dan confirm password untuk pengguna baharu, kemudian klik Save.

    Borang pengguna baharu

Berikan alamat e-mel dan kata laluan kepada pengguna itu. Mereka boleh log masuk dan menukar kata laluan sendiri.

Ganti pengguna lama dengan pengguna baharu

Section titled “Ganti pengguna lama dengan pengguna baharu”

Jika pakej anda sudah penuh, padam pengguna yang tidak diperlukan dahulu, kemudian tambah pengguna baharu.

  1. Klik Domain Settings, kemudian Accounts. Senarai semua pengguna akan dipaparkan.

    Senarai akaun pengguna

  2. Tandakan pengguna yang ingin dipadam, kemudian klik Delete.

    Padam pengguna

  3. Tambah pengguna baharu seperti langkah di atas.

Common issues

Saya tidak boleh tambah pengguna baharu.

Bilangan pengguna terhad mengikut pakej yang anda langgan. Padam pengguna yang tidak digunakan, atau WhatsApp kami untuk menambah pakej.

Staf sudah berhenti. Apakah yang berlaku kepada e-melnya jika saya padam akaunnya?

Padam akaun juga memadam e-mel dalam peti mel itu. Jika e-mel lama masih diperlukan, simpan dahulu atau kongsi peti mel itu dengan staf lain sebelum dipadam - lihat Kongsi peti mel (shared inbox).

Siapa boleh tambah pengguna?

Hanya admin domain. Jika anda bukan admin, minta admin syarikat anda, atau hubungi kami.

Was this article helpful?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.