Skip to content

Sediakan e-mel di telefon Android

Updated For SmarterMail Build 7692

Cara paling mudah di Android ialah melalui aplikasi Gmail yang sudah ada di kebanyakan telefon. E-mel Office Niaga anda akan dipaparkan dalam Gmail bersama akaun lain.

  1. Buka Settings di telefon, kemudian Accounts dan Add account. Anda juga boleh buka aplikasi Gmail, ketik gambar profil, kemudian Add another account.

    Add account

  2. Pilih Personal (IMAP).

    Personal IMAP

  3. Masukkan alamat e-mel penuh anda, kemudian kata laluan.

    Masukkan alamat e-mel

  4. Di Incoming server settings, masukkan server mail.officeniaga.com. Gunakan port 993 dengan SSL/TLS.

    Tetapan server masuk

  5. Di Outgoing server settings, masukkan server SMTP mail.officeniaga.com. Gunakan port 465 dengan SSL/TLS, dan hidupkan Require sign-in.

    Tetapan server keluar

  6. Pilih Account options yang anda mahu, kemudian masukkan nama yang ingin dipaparkan.

    Account options

  7. Buka aplikasi Gmail dan pilih akaun yang baru ditambah.

    Pilih akaun dalam Gmail

Common issues

Telefon saya tiada pilihan "Personal (IMAP)".

Menu berbeza mengikut jenama telefon. Dalam aplikasi Gmail, pilih Other kemudian Personal (IMAP). Dalam aplikasi Samsung Email, pilih Other dan tetapan manual. Maklumat server tetap sama - lihat Tetapan server e-mel.

E-mel boleh diterima tetapi tidak boleh dihantar.

Buka tetapan server keluar dan pastikan port 465 dengan keselamatan SSL/TLS. Port 587 tidak dibuka di server kami.

Was this article helpful?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.