Skip to content

Majukan e-mel dan autoresponder

Updated For SmarterMail Build 7692

Kedua-dua tetapan ini berada di bawah Settings akaun anda. Ia sering digunakan bersama, contohnya semasa staf bercuti.

Setiap e-mel yang masuk akan dihantar juga ke alamat lain, contohnya Gmail anda, atau rakan sekerja.

  1. Log masuk ke webmail. Klik Settings, kemudian Account.

  2. Skrol ke bawah ke kad Forwarding.

  3. Masukkan alamat di ruangan Forwarding Address. Anda boleh masukkan lebih daripada satu.

    Forwarding Address

  4. Jika perlu, tukar Forward Method. Biarkan Delete messages when forwarded dimatikan supaya salinan setiap e-mel kekal dalam peti mel anda.

  5. Klik Save.

Autoresponder membalas setiap e-mel secara automatik, contohnya “Saya bercuti sehingga 30 September”.

  1. Klik Settings, kemudian Autoresponder.

  2. Hidupkan Enable Autoresponder.

    Enable Autoresponder

  3. Isikan subjek dan mesej balasan, kemudian klik Save.

Common issues

Saya majukan e-mel ke Gmail. Boleh saya balas dari Gmail sebagai alamat Office Niaga?

Boleh. Tetapkan Send mail as di Gmail - lihat Guna e-mel Office Niaga dengan Gmail.

Boleh saya majukan e-mel ke lebih daripada satu alamat?

Boleh. Masukkan beberapa alamat di ruangan Forwarding Address.

Was this article helpful?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.